Skip to main content

Bola Sepak

Griezmann belum ada sebab tinggalkan Atletico

griezmann-plays-down-premier-league-move-questions-england-weather.jpg
Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan kelab gergasi LaLiga itu untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Griezmann, 25, terus dikaitkan ke England dengan Manchester United dilihat sebagai destinasi pilihannya. 

Pemain Perancis itu berkata dia hanya akan memutuskan masa depannya selepas kempen musim ini berakhiri dan ketika ini, dia berkata dia masih lagi gembira berada di Atletico. 

"Ketika bersama Real Sociedad, saya berasakan saya perlu berhijrah," kata Griezmann kepada RMC Sport. 

"Ketika ini, saya tidak memerlukannya dan tidak mempunyai keinginan (untuk berhijrah). Ketika ini, ia tidak relevan."

Selain United, Chelsea turut dilaporkan berminat mendapatkan Griezmann -- yang muncul sebagai pemain ketiga terbaik Anugerah Ballon d'Or 2016. 

Dalam pada mengagumi corak permainan EPL, dia masih tidak pasti dengan kehidupan di England. 

"Saya masih tertanya-tanya ke manakah saya akan pergi. Di Sepanyol, ada Barca dan Real Madrid," katanya lagi.

"Barca memiliki rangkaian tiga penyerang (Lionel Messi, Luis Suarez and Neymar). (Perpindahan ke Real) Madrid adalah mustahil kerana kelab saya. 

"Saya percaya kedua-dua pasukan mempunyai 'kesepakatan' mengenai hal itu. 

"Saya tidak tertarik dengan kancah Jerman. Perancis pula bukan pada waktu ini. 

"Sementara itu di England, saya masih meragui kehidupan peribadi saya kerana cuaca di sana sering hujan dan cuaca buruk... Saya perlu gembira berada di luar."

Advertisement

Must Watch Video