Skip to main content

Bola Sepak

Gotze semakin hampir atasi masalah gangguan metabolisme

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mario-gotze-070717.jpg
Mario Gotze berharap dapat mengikuti sesi latihan pra-musim bersama Borussia Dortmund tidak lama lagi apabila cuba mengatasi masalah gangguan metabolisme yang membelenggunya. 

Gotze, wira Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 ke atas Argentina, menyertai semula Dortmund dari Bayern Munich pada tahun lalu, namun penampilannya terhad kepada 16 perlawanan dengan merekodkan dua gol sahaja gara-gara masalah kecergasan. 

Diagnosis kesihatannya menamatkan musim pemain berusia 25 tahun itu lebih awal dan dia sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus baru, Peter Bosz. 

"Berikutan gangguan metabolisme, kebelakangan ini saya tidak dapat bermain bola sepak," kata Gotze dalam satu kenyataan di Facebook dan Instragram miliknya. 

"Dalam tempoh beberapa bulan lalu, saya telah menjalani rawatan dan kini dalam landasan tepat untuk beraksi. 

"Esok, saya akan memulakan tahap ketiga program pemulihan. Ini bermakna saya akan melengkapkan ujian yang disediakan dan boleh mula berlatih bersama rakan sepasukan tidak lama lagi. 

"Saya sangat teruja untuk kembali ke stadium dan menjalani latihan semula."

Dortmund akan berdepan Bayern dalam penentuan DFL-Supercup pada 5 Ogos nanti sebelum mengharungi jadual DFB-Pokal dengan Rielasingen-Arlen.

Selepas itu, mereka akan bertemu Wolfburg dalam aksi sulung liga. 
 

Advertisement

Must Watch Video