Thomas Tuchel yakin Mario Gotze akan menemui semula rentak sebenar tidak lama lagi untuk menjadi nadi penting kepada Borussia Dortmund.
Tonggak antarabangsa Jerman itu kembali ke Dortmund selepas berkelana ke Bayern Munich selama tiga musim.
Dia berdepan kesulitan untuk membuktikan kemampuan sebenarnya setakat ini.
Gotze, 24, hanya menyumbat satu gol dalam 11 penampilan Bunsdesliga musim ini dan terpaksa memanaskan bangku simpanan sejak penggal kedua musim ini.
Bagaimanapun, Tuchel menegaskan pemain tengah menyerang itu tidak boleh diketepikan langsung dan memerlukan masa untuk mengembalikan sentuhan berbisanya selepas mengharungi detik sukar.
"Saya yakin kami akan memerlukan khidmat Mario nanti," kata Tuchel menjelang perlawanan DFB-Pokal bertemu Hertha Berlin.
"Tiada sebarang masalah di antara kami. Saya perlu membuat keputusan. Ketika ini, pemain lain memiliki keyakinan dan dia akan mendapat peluangnya nanti.
"Apa yang dilakukannya sering mengundang perhatian tapi saya tidak fikir ini akan membantunya.
"Kita perlu bersabar, tekun berusaha dan bekerja keras."
Gotze ditimpa beberapa kecederaan ringan dan mungkin terlepas untuk beraksi dalam pusingan 16 di Signal Iduna Park itu nanti.
"Dia mengalami masalah otot dan tidak dapat menjalani latihan semalam," tambah Tuchel.