Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Gonzales: Hilang fokus punca tewas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alfredo-gonzales-120717.jpg
Kegagalan mempertahankan satu gol jelas mengecewakan pengarah teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales, susulan kekalahan 1-3 kepada T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Gonzales mengakui mereka gagal bermula baik di babak pertama dengan asakan bertubi-tubi pasukan tuan rumah walaupun berupaya memperbaiki rentak selepas itu.

“Kami beraksi dengan lebih bagus pada 20 minit pertama separuh masa kedua sehingga memperoleh jaringan pendahuluan.

“Malangnya, pemain-pemain hilang fokus hingga mengakibatkan pintu gol kami dibolosi tiga jaringan lawan dalam tempoh tujuh minit,” katanya.

Selain itu juga, Gonzales turut menyifatkan skuadnya turun agak tempang tanpa beberapa pemain utama yang masih mengalami kecederaan.

“Saya sudah menjangkakan situasi ini akan menyukarkan Kelantan.

“Tiada apa boleh dilakukan selain mempersiapkan pasukan dengan pemain yang ada dan bangkit untuk perlawanan seterusnya,” tambah Gonzales.

Advertisement

Must Watch Video