GOR MAHIA 1 EVERTON 2
Wayne Rooney mengakui dia sudah lama memikirkan untuk kembali menyumbat gol buat Everton selepas dia meledak gol dari jarak jauh dalam kemenangan ke atas Gor Mahia dalam aksi persahabatan, semalam.
Bekas ketua pasukan Manchester United itu melengkapkan kepulangannya ke Goodison Park, minggu ini, dengan menggegar gawang lawan dalam aksi sulungnya menerusi teknik lambungan dari jarak 30 ela.
Anak buah Ronald Koeman itu meraih kemenangan 2-1 di Tanzania dan Rooney yang bermain sepanjang babak pertama, gembira dapat membuktikan sesuatu.
"Dapat menjaringkan gol bersama Everton adalah perasaan yang hebat," katanya kepada EvertonTV.
"Ia sesuatu yang saya fikirkan dalam tempoh beberapa minggu ini sebaik sahaja saya tahu rundingan perpindahan sedang berlaku.
"Syukur, saya berjaya melakukannya dan 45 minit itu membantu saya. Saya berasa senang dengannya. Ia permulaan yang baik, namun saya fikir kami masih boleh meningkat lagi.
"Perlawanan berlangsung awal dan kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar dalam keadaan yang sukar tetapi saya fikir kami telah melakukannya dengan baik.
"Adalah penting untuk meraih kemenangan, namun saya fikir apa yang lebih penting pada hari ini adalah kami mengharungi 45 minit dengan baik.
"Jelas sekali ada perkara yang kami boleh lakukan dengan baik, bagaimanapun peluang bermain adalah lebih mustahak."