Skip to main content

Bola Sepak

Gol bukan segala-galanya buat saya -- Muller

muller-goals-aren-t-everything-for-me.jpg

Thomas Muller percaya dia telah membuktikan bahawa permainannya bukan sahaja dilihat menerusi jaringan yang dihasilkan selepas merencanakan dua gol ketika membantu Bayern menewaskan Hamburg 8-0.

Pemain kebangsaan Jerman itu bergelut untuk mencetak gol musim ini -- Muller sekadar menjaringkan satu gol dalam saingan Bundesliga dan gagal menyumbat sebarang gol ketika Bayern berpesta gol di Allianz Arena.

Muller tetap berpuas hati dengan persembahan dirinya sendiri, dia menghasilkan bantuan jaringan buat Arturo Vidal dan David Alaba yang dilihat sama penting seperti menjaringkan gol.

"Permainan saya sudah berkembang, kini saya lebih terlibat ketika melancarkan serangan," kata Muller.

"Berdepan empat pertahanan, ia membenarkan saya bergerak bebas untuk melepaskan rembatan walaupun saya masih gagal menyumbat sebarang gol.

"Bagaimanapun, saya tidak kecewa dengan prestasi saya. Bantuan jaringan saya kepada Alaba menunjukkan bahawa saya berkebolehan beraksi sebagai pemain nombor 10.

"Pada saya, bantuan jaringan sama penting seperti meledakkan gol."

Advertisement

Must Watch Video