Ketika Robbie Brady meledak gol cantik menerusi sepakan percuma ke gawang Chelsea, dia bukan sekadar membantu Burnley mengutip satu mata di Turf Moor.
Pemain Ireland itu melakukan sepakan tersebut dari jarak 25 meter pada minit ke-24 untuk menyamakan kedudukan setelah Pedro membuka tirai jaringan pada awal permainan.
Jaringan tersebut meletakkan Brady selaku pemain pertama dalam tempoh hampir empat tahun yang berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma berdepan The Blues, dengan Rickie Lambert -- yang ketika itu beraksi untuk Southampton -- menjadi pemain terakhir melakukannya pada Mac 2013.
Ia juga bermakna rekod 79 perlawanan Thibaut Courtois tanpa bolos menerusi sepakan percuma, berakhir dalam percubaan ke-80.