Atletico Madrid menerima suntikan semangat menjelang aksi setempat menentang Real Madrid hujung minggu ini apabila Diego Godin kembali menjalani latihan semalam.
Godin terpaksa dibawa keluar ketika rehat sewaktu Atletico menundukkan Getafe 2-0 bulan lalu dan terlepas perlawanan berdepan Real Betis hujung minggu lalu yang menyaksikan skuad kendalian Diego Simeone itu tewas 1-0.
Pertahanan itu melalui proses imbasan dan Atletico mengesahkan dia mengalami kecederaan pada bahagian otot paha kanan.
Bagaimanaoun, Godin -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan -- telah pulih dengan pantas dan kembali bersama skuad tatkala mereka sedang melakukan persiapan untuk melayan kunjungan Los Blancos, Sabtu ini.
"Pagi yang indah, kembali bekerja bersama pasukan," kata Godin menerusi Twitter selepas Atletico mengesahkan dia kembali.
Godin melakukan 17 penampilan LaLiga musim ini, tampil 15 kali dalam kesebelasan utama dan menyumbat dua gol.