Borussia Monchengladbach tidak mempunyai sebab untuk menjual Jannik Vestergaard kepada Arsenal, kata pengarah sukannya, Max Eberl.
Pemain berusia 25 tahun itu turut dikaitkan dengan seteru The Gunners di London, Tottenham Hotspur, susulan persembahan hebatnya musim ini.
Bagaimanapun, Gladbach belum bersedia untuk mengadakan rundingan dengan sebarang kelab terhadap pemain antarabangsa Denmark itu yang mempunyai tiga tahun lagi baki kontraknya.
"Tidak ada sebab untuk kami melepaskan Jannik," Eberl memberitahu Bild.
Arsenal, yang tewas dalam Piala FA kepada Nottingham Forest semalam, dikatakan berminat untuk merekrut pengganti jangka panjang kepada Per Mertesacker.
Mereka telah menandatangani Konstantinos Mavropanos, 20, dari PAS Giannina bulan ini tetapi dijangka meminjamkannya kepada kelab lain.
Jonny Evans dari West Brom turut dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates tetapi pengurus, Arsene Wenger, kelmarin menafikan bahawa mereka sudah hampir memuktamadkan perjanjian itu.