Skip to main content

Bola Sepak

Gilmar boleh beraksi menentang Kedah

asiana-gilmar.jpg

Kehadiran semula penyerang utama, Gilmar Jose Da Silva, mengembalikan kekuatan jentera serangan Perak apabila turun melayani Kedah dalam perlawanan kedua Liga Super di Stadium Perak, malam esok.

Jurulatih The Bos Gaurus, Mehmed Durakovic, lega dengan kehadiran semula penyerang Brazil itu yang menyumbang 21 gol dalam 34 perlawanan membabitkan liga, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2018.

Advertisement

Gilmar tidak dapat diturunkan dalam perlawanan pertama liga yang juga merebut Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Larkin, Ahad lalu. gara-gara mengutip kad merah dalam perlawanan terakhir musim lalu itu.

Juara Piala Malaysia tahun lalu itu tumpas 0-1 dalam perlawanan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu.

"Saya lega kerana Gilmar boleh beraksi semula esok.

"Kehadirannya meningkatkan keyakinan serta melonjakkan semangat rakan sepasukan.

"Saya berharap dia mampu memberi sumbangan bermakna ketika menentang Kedah malam esok.

"Kami perlu menang bagi meletakkan pasukan di atas landasan betul, terutama bagi menghadapi pertemuan dengan Kitchee FC dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia di Ipoh, Selasa ini," ujarnya.

Begitupun, di sebalik kegembiraan jurulatih dari Australia itu, beliau dilanda kegelisahan kerana beberapa pemain mengalami kecederaan selepas perlawanan dengan JDT.

"Ada beberapa kecederaan. Saya kena tunggu hingga ke hari perlawanan sebelum dapat menentukan kesebelasan pasukan," tambahnya.

Apapun, Durakovic yakin dapat menurunkan kesebelasan terbaik untuk menyaingi kehebatan pasukan Lang Merah nanti.

Must Watch Video