LIGUE 1
Giliran Sneijder berhijrah ke Qatar
Pemain kebangsaan skuad Belanda, Wesley Sneijder, mengesahkan dia telah meninggalkan Nice selepas bersama pasukan itu sejak permulaan musim 2017-18.
Sneijder menyertai Nice pada Ogos lalu setelah dilepaskan oleh Galatasaray tetapi hanya beraksi dalam empat perlawanan Ligue 1 musim ini.
Saingan Liga Bintang-Bintang Qatar menjadi destinasi seterusnya buat pemain berusia 33 tahun itu selepas menerima tawaran selama 18 bulan beraksi bersama Al-Gharafa.
Iklan
"Ia adalah satu perjalanan baru dan cabaran yang menarik buat saya," kata Sneijder.
"Saya benar-benar gembira kerana menerima tawaran ini," katanya.
Sneijder merupakan pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama Belanda tetapi diketepikan daripada skuad kebangsaan itu sejak Oktober lalu.
Bekas pemain kebangsaan Chile, Luis Jimenez, dan bekas pemain kebangsaan Slovakia, Vladimir Weiss, merupakan rakan sepasukan baru Sneijder di Al-Gharafa.
Must-Watch Video