Skip to main content

Bola Sepak

Giliran Nepal minta FIFA batalkan kemenangan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nepal.jpg
Status kelayakan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berikutan pemalsuan dokumen bakal memberi kesan besar kepada skuad kebangsaan. 

Difahamkan, Nepal mendesak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk membatalkan kemenangan 0-2 Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Mac lalu. 

Seperti sedia maklum, pembatalan kemenangan, penolakan mata berpotensi menjadi hukuman tatkala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menunggu masa untuk menentukan keputusan penuh jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal mencabar FIFA. 




Hukuman sama berlaku kepada Timor Leste pada 2017 dan tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Asia 2023.

"Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) telah memfailkan aduan terhadap Malaysia, selepas Hector Hevel, salah seorang penjaring gol dalam kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Nepal pada Mac, diputuskan tidak layak oleh FIFA, bermakna keputusan itu boleh dibatalkan," tulis The Guardian.

Pada 26 September lalu, FAM diperintah membayar denda yang ditetapkan, selain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, dikenakan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak bermula tarikh yang dimaklumkan.

Tempoh rayuan dalam tempoh lima hari telah ditetapkan dan sedang menunggu keputusan rasmi.

Jika ia tidak memihak kepada FAM, badan induk bola sepak negara itu mempunyai 10 hari untuk memohon alasan penghakiman atau motivated decision yang diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA.

FAM kemudian diberi 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada CAS.
Bagaimanapun, FAM turut berdepan satu lagi hukuman yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Tribunal Bola Sepak FIFA berhubung status kelayakan tujuh pemain berkenaan.

Segala jenis impak, kesan mahupun implikasi masih belum diputuskan secara terang, meskipun terdapat perdebatan hangat di media sosial.

Skuad kendalian Peter Cklamovski akan turun bertemu semula Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 18 November depan.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video