Pengendali AC Milan, Gennaro Gattuso, berpendapat AS Roma wajar meraih lebih daripada keputusan seri ketika bertemu pasukan bimbingannya tetapi memuji persembahan pemain Rossoneri dalam babak kedua.
Milan mengekalkan kelebihan satu mata di atas Roma dalam kedudukan Serie A selepas mencatat keputusan 1-1 dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Olimpico, awal pagi tadi.
Gianluigi Donnarumma mempamerkan persembahan memukau, terutama dalam separuh masa pertama untuk memastikan Milan meninggalkan ibu kota Itali itu tanpa kekalahan.
Penggempur Milan, Krzysztof Piatek, membuka tirai jaringan, sekali gus meraih gol ketiga dalam dua penampilan bersama Rossoneri, tetapi Nicolo Zaniolo menyamakan kedudukan buat Roma 22 saat selepas rehat.
Gattuso berpendapat Roma merupakan pasukan yang lebih baik awal pagi tadi, namun tetap gembira melihat peningkatan anak buahnya dalam babak kedua.
"Roma wajar meraih sesuatu yang lebih baik sebelum rehat tetapi saya rasa kami bangkit dalam babak kedua," kata Gattuso.
"Mereka layak mencatat lebih daripada keputusan seri. Mereka merupakan pasukan yang bagus dengan limpahan bakat dan saya sedar ia bakal menjadi cabaran sukar.
"Roma memiliki kelebihan kualiti dan fizikal, membuatkan kami bergelut tetapi saya tetap gembira dengan persembahan pasukan.
"Seperti saya katakan, Roma mungkin layak meraih lebih daripada seri tetapi saya benar-benar gembira dengan persembahan kami dalam separuh masa kedua. Kami bermain dengan baik.
"Sebelum rehat, kami bermain dengan buruk dan babak kedua menyaksikan kami melepaskan banyak peluang setelah melakukan hantaran dan pilihan yang salah. Ruang ada tetapi kami tidak menggunakannya dengan baik," tambah Gattuso.