PKNS melantik Sven Gartung yang berasal dari Jerman selaku ketua jurulatih baharu pasukan itu dalam usaha memastikan mereka mampu kekal di pentas Liga Super, musim depan.
Gartung sebelum ini merupakan pengarah kejurulatihan Majlis Sukan Negeri Selangor untuk akademi Merah Kuning sejak Februari lalu.
Kehadirannya untuk menggantikan E. Elavarasan yang direhatkan pada 6 Julai lalu sememangnya sudah diduga apabila kerap kelihatan di bangku penonton dalam perlawanan membabitkan PKNS.
PKNS membuat keputusan untuk mengambil Gartung kerana berasakan beliau memiliki keupayaan mencorakkan kembali prestasi pasukan yang kini bergelut di tangga kesembilan Liga Super.
"Kami mengambil tindakan ini kerana PKNS memerlukan kemenangan dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super," kata Timbalan Presiden PKNS FC, Ir. Mohd Zain Sarman.
Bagi Gartung, beliau mengakui berdepan cabaran besar membawa PKNS dalam tempoh yang singkat.
Enggan memberikan fokus kepada Liga Super semata-mata, Gartung turut mahu memastikan PKNS mampu meneruskan cabaran dalam Piala Malaysia walaupun sudah tewas dua kali berturut-turut dalam saingan kumpulan.
"Kami perlu memastikan terus beraksi dalam Liga Super dan caranya adalah dengan melakar kemenangan," kata Gartung.