Skip to main content

Bola Sepak

Gabbiadini telah jaringkan tiga gol -- Puel

gabbiadini-scored-three-times-says-frustrated-puel.jpg

MANCHESTER UNITED 3 SOUTHAMPTON 2

Pengurus Southampton, Claude Puel, meluahkan kekecewaannya dan berkata Manolo Gabbiadini telah menjaringkan tiga gol selepas menyaksikan skuad kendaliannya tewas kepada Manchester United 3-2 dalam aksi final Piala EFL, malam tadi.

The Saints tunduk kepada United apabila Zlatan Ibrahimovic meledak gol keduanya pada minit ke-87 di Stadium Wembley.

United menerima asakan bertubi-tubi dari awal permainan. Walaupun berjaya mendahului perlawanan 2-0, Southampton bangkit menyamakan kedudukan selepas Manolo Gabbiadini menjaringkan dua gol. 

Sebelum jaringan-jaringan yang terhasil daripada perlawanan ini, Gabbiadini memiliki peluang lebih awal untuk meletakkan Southampton di hadapan, namun jaringannya dibatalkan oleh penjaga garisan walaupun tidak berada di dalam kedudukan ofsaid.

"Manolo Gabbiadini telah menjaringkan tiga gol dalam perlawanan ini," kata Puel. 

"Kami kurang bernasib baik dalam perlawanan ini. Kami telah menjaringkan gol pada awal permainan tetapi ia telah dibatalkan. 

"Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain saya yang mempamerkan usaha untuk memenangi perlawanan ini.

"Kami amat kecewa dengan keputusan ini tetapi berharap untuk mempamerkan permainan yang lebih mantap dalam perlawanan akan datang."

Advertisement

Must Watch Video