Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Fiorentina sedia lepaskan Chiesa dengan tawaran berbaloi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

federicochiesa-cropped_1rowydeumx3hb167xpr7ogfuby-(1).jpg
Presiden Fiorentina, Rocco Commisso, sedia untuk menjual pemain yang menarik perhatian Juventus dan Inter Milan, Federico Chiesa.

Pemain Itali itu dikaitkan dengan perpindahan keluar selepas menyinar bersama kelab yang diwakili sejak kecil, Fiorentina.

Walaupun mahu mengekalkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu, Commisso berkata Chiesa -- yang memiliki kontrak sehingga 2022 -- dibenarkan untuk berhijrah jika kelab menerima tawaran yang bagus.

"Saya berjanji jika ada tawaran baik yang hadir dan dia mahu keluar, kami akan bersetuju," katanya.

"Namun, situasi di Florence telah mengubah pendirian Chiesa. Saya harap dia dapat terus beraksi di sini dan menjadikan saingan lebih baik."


Chiesa telah meledakkan enam gol dan tiga bantuan jaringan dalam 23 penampilan Serie A sebelum saingan ditangguhkan susulan wabak coronavirus.

Fiorentina kini menduduki tangga ke-13 liga.

Advertisement

Must Watch Video