Ketua pasukan Felcra FC, Shahrom Kalam, menuntut mentaliti mahu menang daripada semua rakan sepasukannya untuk berdepan PDRM FA dalam perlawanan sulung Liga Perdana, Jumaat ini.
The Rivals bakal melakukan penampilan pertama dalam saingan Liga Perdana musim ini. Mereka akan berdepan kesukaran untuk membiasakan diri dengan aksi lebih kompetitif apabila awal-awal lagi bertemu antara pasukan mantap, PDRM, di Stadium Shah Alam.
Begitupun, Shahrom yang mempunyai pengalaman luas dalam kancah liga tempatan menyuarakan pandangan sebaliknya jika semua pemain memiliki semangat juang tinggi di atas padang.
"Kami akan beraksi di tempat sendiri, maka kami perlu meletakkan mentaliti mahu menang.
"Walaupun merupakan pasukan baru, kami perlu menyasarkan tiga mata.
"Kehadiran kami bukan sekadar pelengkap liga, kami mahu bersaing," katanya.
Shahrom adalah antara beberapa pemain ternama yang memperkuatkan skuad itu selain bekas tonggak Melaka United, Fandi Othman, dan bekas pemain PKNS FC, Nizam Abu Bakar.
Mereka kini menjadi taruhan pasukan bimbingan Tarcisio Pugliese itu yang sudah pasti mahu melepasi ujian awal selaku pengendali The Rivals.
"Tidak sangsi lagi ia pasti perlawanan yang sukar seperti lazimnya.
"Kami berada dalam keadaan baik, membuat persediaan yang rapi dan kami perlu membina pasukan ini beransur-ansur.
"Kami sedia untuk beraksi dan mahu mengharungi aksi menarik dengan PDRM," kata jurulatih dari Brazil itu.