Jurulatih Felcra FC, Rosle Md Derus, melahirkan rasa gembira dengan usaha skuad kendaliannya mencuri satu gol di tempat lawan selepas seri 1-1 dengan Terengganu City FC (TCFC) dalam suku akhir pertama Piala FAM di Kuala Terengganu, malam tadi.
Ujarnya, semangat yang ditunjukkan pemain-pemain nyata memainkan peranan yang disifatkan sebagai mengikuti pendekatan taktikal diingini.
Menurut Rosle lagi, kehadiran semula penyerang, N. Thanabalan, dalam aksi kedua akan menyuntik tonik tambahan kepada jentera serangan pasukannya.
“Secara keseluruhan, saya berpuas hati kerana pemain-pemain bangkit daripada ketinggalan serta menjaringkan satu gol berharga.
“Kami mencipta beberapa peluang yang baik, malangnya gagal disudahkan. Saya yakin Thanabalan boleh membantu mencipta kemenangan minggu depan,” katanya.
Reaksi berbeza diluahkan pengendali TCFC, Roshadi Wahab, yang kecewa dengan kegagalan pasukannya mematikan rentak Felcra sehingga hampir membawa kesan lebih buruk.
Menurutnya, majoriti pemain muda mereka terlalu menghormati pasukan lawan serta mengakui beraksi dalam tekanan untuk mencari kemenangan.
“Tidak banyak gerakan dapat dilakukan kerana tahap keyakinan pemain-pemain kurang memuaskan dan ia mengundang padah.
“Begitupun, kami belum menyerah kalah. Masih ada 90 minit lagi, TCFC akan bekerja lebih kuat,” tambah Roshadi.