"Kami bukan pasukan pelengkap," tegas Timbalan Presiden Felcra FC, Datuk Hazian Murad, sebaliknya optimis terhadap kemampuan The Rivals untuk menjadi antara lima pasukan
terbaik Liga Perdana musim ini.
Felcra FC diberikan peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana selepas juara Piala FAM 2017, Sime Darby FC, menarik diri.
Dianggap belum bersedia untuk mengharungi cabaran musim ini susulan gagal dalam misi sebenar tahun lalu, skuad Felcra bertekad menepis tanggapan itu.
"Saya menjangkakan Felcra mampu bersaing dalam saingan Liga Perdana dan cuba untuk mendapatkan tempat bagi saingan Piala Malaysia, sekali gus mara ke Liga Super bagi saingan musim 2019," kata Hazian.
Terdahulu, Felcra FC memperkenalkan barisan pemain 2018 dan melancarkan jersi baru di Wisma Felcra, semalam.
Tampil dengan warna putih untuk jersi utama, skuad Felcra juga mengharapkan tuah Stadium Shah Alam untuk permulaan sempurna dalam penampilan sulung Liga Perdana.
"Kami akan berusaha untuk melakar kemenangan dalam aksi pertama. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana membenarkan kami beraksi di Stadium Shah Alam bagi saingan musim ini."
Aksi Liga Perdana bermula esok dengan perlawanan di antara UiTM FC berdepan Pulau Pinang sementara lima perlawanan lagi bakal berlangsung lusa, antaranya juara Piala FAM 2016,
MISC-MIFA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II.