Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan kunci mulut berhubung kenyataan jurulatih Harimau Malay, Peter Cklamovski, bahawa ada unsur sabotaj terhadap skuad kebangsaan.
Cklamovski menerusi satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mendakwa wujud pengkhianatan, politik dan halangan dalaman yang terpaksa dihadapi skuad negara setiap hari.
Namun, tiada reaksi balas daripada badan induk tersebut berhubung dakwaan berkenaan, sebaliknya FAM hanya menjunjung kasih kepada Pemangku Sltan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Ia atas usaha dan inisiatif merevolusikan skuad negara yang mula menampakkan impak positif selepas kejayaan membenam Vietnam 4-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.
Presiden FAM, Datuk Joehari Ayub, berkata kemenangan itu cukup istimewa kerana akhirnya skuad negara mengakhiri kemarau 11 tahun kemenangan ke atas Vietnam selaku pasukan handalan di rantau ini.
FAM menghargai keprihatinan Tunku Ismail atas sokongan dan bantuan kepada badan induk itu dalam usaha meningkatkan lagi prestasi skuad negara.
Terdahulu, Cklamovski juga menegaskan bahawa dia, Tunku Ismail dan barisan pemain akan menjadi sasaran sekiranya gagal menewaskan Vietnam, namun sebaliknya selepas meraih kemenangan ke atas lawan.
Pengendali dari Australia itu juga menggesa agar isu politik dalaman dihentikan dan berharap semua pihak dapat bersatu bagi memastikan revolusi yang dicetuskan Tunku Ismail terus bergerak ke depan, sekali gus membanggakan seluruh rakyat Malaysia.