Pengendali Everton, Ronald Koeman, mengesahkan tugas mereka masih belum selesai dalam jendela perpindahan pemain apabila mendedahkan mereka masih memburu dua muka baharu.
Koeman mahukan pemain penyerang yang baru susulan kekalahan 2-0 berdepan Chelsea, malam tadi.
Gandingan Wayne Rooney dan Sandro Ramirez gagal menyerlah di Stamford Bridge dan ini bermakna Everton hanya menghasilkan satu gol dalam tujuh aksi kompetitif setakat ini.
Koemen menegaskan The Toffees memerlukan suntikan dalam jentera serangan jika mahu menyaingi pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris.
"Kami perlukan sekurang-kurangnya dua pemain, salah satunya adalah pemain penyerang. Itu yang kami perlukan.
"Pasukan yang besar memiliki ramai pilihan penyerang.
"Jika Seamus Coleman, Morgan Schneiderlin, Yannick Bolasie, Davy Klaassen, James McCarthy dan Ross Barkley kembali pulih daripada kecederaan, sudah tentu kami akan memiliki pilihan yang lebih besar."
Difahamkan, salah seorang pemain penyerang, Kevin Mirallas, dijangka bakal berhijrah selepas tidak lagi disenaraikan dalam skuad utama ekoran masalah sikap.
Mirallas telah berada di Goodison Park sejak 2012, namun Koeman mengakui dia tidak tahu sama ada pemain itu akan kekal musim ini.
"Mirallas tidak disenaraikan kerana dia kecewa," kata Koeman.
"Semua pemain boleh kecewa tetapi kami perlu bersama sebagai satu pasukan. Jika sikapnya tidak berubah, saya perlu mengambil keputusan."