BARCELONA 2 ESPANYOL 0
(Barca mara dengan agregat 2-1)
Ernesto Valverde menaruh harapan tinggi ke atas Philippe Coutinho selepas pemain termahal Barcelona itu membuat penampilan pertamanya dalam kemenangan Copa del Rey ke atas Espanyol, awal pagi tadi.
Barca tewas 1-0 dalam pertemuan pertama, namun gol yang dihasilkan Luis Suarez dan Lionel Messi pada babak pertama sudah cukup untuk memadamkan kelebihan lawan dalam usaha mereka meraih gelaran keempat Copa del Rey berturut-turut.
Dengan kedudukan Barcelona ke separuh akhir hampir terjamin, Coutinho bangkit dari bangku simpanan untuk mempamerkan kemampuannya selama 22 minit terakhir dan menyerlah bersama rakan sepasukan barunya itu, khususnya Messi.
Coutinho menggantikan ketua pasukan Barca, Andres Iniesta -- pemain yang menganggap tonggak Brazil itu sebagai penggantinya yang paling ideal -- sambil Valverde memberi isyarat sejauh mana dia melihat kesan bekas pemain Liverpool itu di Camp Nou.
"Kami menaruh harapan tinggi terhadapnya," kata Valverde selepas Barcelona menempah tempat ke separuh akhir Copa untuk tahun kelapan berturut-turut.
"Dalam erti kata mudah, dia bagus untuk permainan kami, dia mampu membantu kami menerusi keyakinan diri, keupayaannya menggelecek, mencari ruang buat rakan lain, kelibatnya menjadi ancaman.
"Coutinho mempunyai permainan yang mudah tetapi saya fikir ia berjalan dengan lancar. Lihat, inilah permulaannya."
Laluan Barca untuk meraih gelaran Copa del Rey semakin terbuka luas berikutan Real Madrid dan Atletico Madrid terkandas di peringkat suku akhir yang menyaksikan anak buah Zinedine Zidane itu mengalami kekalahan mengejut di tangan Leganes semalam.
Sevilla dan Valencia menjadi pencabar berpotensi yang menanti Barca dalam undian hari ini, namun Valverde enggan membincangkan krisis seteru, Madrid, dengan jawatan Zidane semakin tergugat.
"Madrid adalah pesaing hebat," kata Valverde. "Kami berada dalam separuh akhir kerana kami telah bekerja keras.
"Dalam permainan ini, anda tidak boleh mengalami hari yang buruk kerana mereka akan menyingkirkan anda.
"Saya berhenti memikirkan pasukan lain, saya khuatir tentang pasukan saya, untuk menjadi lebih baik dan terus mara.
"Kita tahu dinamik dalam bola sepak, kami tahu apabila kami menang, kami adalah yang terbaik dan apabila kami kalah, kami adalah yang paling teruk.
"Zidane telah banyak menjulang Real Madrid dan diakui kemampuannya," ujarnya.