Skip to main content

Bola Sepak

Eropah pentas terbaik bola sepak -- Yorke

8217yorke.jpg
Pemain bola sepak tanah air tidak akan mendalami erti profesionalisme selagi tidak menanam impian untuk keluar daripada keselesaan.

Demikian pandangan penyerang ikon Manchester United, Dwight Yorke.

Yorke memberanikan diri untuk berhijrah ke England pada usia 18 tahun dengan memulakan kariernya bersama Aston Villa.

"Selepas saya menyertai Aston Villa, saya sedar segala-galanya berbeza, termasuk dalam aspek profesionalisme," kata pemain kelahiran Trinidad &Tobago itu.

"Semua mahu bermain di Eropah kerana di situ adalah pentas terbaik bola sepak. Di sana kita mendapat banyak pengalaman."

Yorke pada masa sama berasakan negara Asia Tenggara kini boleh mengimpikan untuk beraksi dalam Piala Dunia secara realistik.

Ini susulan perancangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengubah format Piala Dunia 2026 untuk memuatkan 48 pasukan.

"Apabila bola sepak memberi manfaat daripadanya, negara-negara seperti Mauritius, negara-negara di Asia, negara-negara di Caribbean akan berpeluang untuk bermain dalam Piala Dunia. 

"Ya, saya nampak kelebihan itu atau sebaliknya. Bagaimanapun, kita harus memastikan keseimbangan yang betul untuk melaksanakannya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video