TOTTENHAM HOTSPUR 3 LEICESTER CITY 1
Tottenham Hotspur mengekalkan perbezaan lima mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, selepas menewaskan Leicester City 3-1 di Wembley sebentar tadi.
Jaringan pertama buat kelab daripada Davinson Sanchez dilihat cukup untuk memberikan pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu kemenangan di Wembley.
Jamie Vardy terlepas peluang menerusi sepakan penalti sewaktu melakukan sentuhan pertama sejak dimasukkan selaku pemain gantian, namun dia merapatkan jurang ketika aksi berbaki 14 minit tetapi Son Heung-Min menyumbat gol ketiga Spurs dalam waktu kecederaan untuk mengesahkan kemenangan.
Kasper Schmeichel menafikan percubaan Danny Rose selepas pertahanan itu melakukan larian di sebelah kiri, namun Leicester tampak lebih berbahaya dalam 30 minit pertama tatkala James Maddison melepaskan dua rembatan liar.
Sebaliknya, Spurs terlebih dahulu di depan selepas 33 minit permainan. Kieran Trippier memberikan bola kepada Eriksen di depan kotak penalti dan hantaran bintang Denmark itu tepat ke kepala Sanchez untuk ditanduk masuk walaupun dia hampir terperangkap situasi ofsaid.
Demarai Gray meraih peluang keemasan menerusi tandukan tetapi percubaannya tepat ke arah Hugo Lloris sambil Leicester sekali lagi menghadirkan ancaman bahaya di permulaan babak kedua sebelum pengendali The Foxes, Claude Puel, membawa masuk Vardy selepas sejam perlawanan.
Namun, sepakan penalti yang diraih Leicester setelah Jan Vertonghen menjatuhkan Maddison disia-siakan oleh Vardy selepas Lloris melayangkan badan untuk menepis bola keluar.
Tiga minit kemudian, Spurs menyumbat gol kedua. Ricardo Pereira -- yang melepaskan bola sehingga memberikan Marcus Rashford peluang untuk menyumbat gol di Stadium King Power minggu lalu -- sekali lagi melakukan kesilapan sama dalam kotak penalti sendiri, membolehkan Fernando Llorente membuka ruang buat Eriksen melepaskan rembatan menewaskan Schmeichel dari jarak 20 ela.
Harvey Barnes menghasilkan gerakan yang membawa kepada jaringan Vardy apabila lambungannya membolehkan Pereira melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan penyerang England itu.
Usaha The Foxes untuk memburu gol penyamaan dihukum Heung-Min pada saat-saat akhir menerusi serangan balas tatkala kesemua pemain Leicester berada di kawasan lawan dan penggempur Korea Selatan itu tenang melepaskan rembatan kaki kiri melepasi Schmeichel untuk mengesahkan kemenangan 3-1.