MAN UTD 2 ARSENAL 0
Erik ten Hag berasa senang dengan persembahan Manchester United ketika menguasai mahupun di luar penguasaan bola tatkala mereka memulakan jelajah pra-musim di Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan ke atas Arsenal.
Setelah menewaskan Leeds di Oslo dan Lyon di Edinburgh, The Red Devils memulakan persiapan musim 2023-24 di Stadium MetLife, New Jersey, sebentar tadi yang habis dijual.
Ketua pasukan yang baru dilantik, Bruno Fernandes, menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale, sebelum Jadon Sancho meledak susulan kesilapan Gabriel dalam separuh masa pertama untuk kemenangan 2-0.
“Saya rasa ia sangat bagus,” kata pengurusu United itu.
“Cara kami bermain, saya sangat gembira, betapa aktifnya kami dalam penguasaan bola.
“Itulah cara kami mahu beraksi dan itulah satu-satunya tempoh yang kami benar-benar boleh usahakan dalam latihan dan menterjemahkannya dalam perlawanan sebenar tanpa berdepan risiko.
“Namun, kami mahu menang dan saya rasa pemain telah menunjukkan bahawa kami mampu beraksi dengan baik.
“Arsenal adalah lawan yang sangat bagus. Mereka beraksi dengan sangat baik musim lalu termasuk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), jadi itu bagus untuk dapat menyaingi mereka, kemudian barulah kami boleh menjadi lebih baik.”

— Manchester United (@ManUtd) July 22, 2023