Jurulatih Melaka United, Eric Williams, meminta agar semua penyokong bersabar dan memberi dia masa untuk mempertingkatkan prestasi skuad Hang Tuah.
“Bersabar, teruskan menyokong kami dan teruslah salurkan tenaga yang positif terhadap kami”,
“Semua ini perlu masa tapi saya berjanji Melaka United akan menjadi sebuah pasukan yang utuh”.
Williams, yang menerima pelbagai kritikan di laman sosial ekoran kekalahan yang dialami skuad Hijau Putih 3-2 menentang Perak FA di Ipoh seminggu lepas, menyifatkan penyokong sudah meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap Melaka United.
Ujarnya lagi, beliau berusaha untuk tidak menghampakan semua penyokong skuad Hang Tuah.
Melaka United, yang kini menghuni tangga ke-10 Liga Super dengan satu mata, bakal menentang T-Team sebentar lagi di Stadium Hang Jebat.