PALACE 1 TOTTENHAM 2
Ange Postecoglou gembira pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham, melepasi ranjau terbaru mereka dengan kemenangan 2-1 di Crystal Palace dan tiada sebab untuk menyekat impian peminat menjulang kejuaraan.
Spurs mendahului lima mata di puncak selepas mereka bangkit daripada permulaan perlahan separuh masa pertama di Selhurst Park, awal pagi tadi, untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh 13 minit babak kedua.
Gol sendiri daripada Joel Ward memecah kebuntuan pada minit ke-53 apabila dia cuba menampan hantaran lintang James Maddison sebelum melepasi penjaga gol Palace, Sam Johnstone, untuk kedudukan 2-0 tidak lama kemudian menerusi kapten Tottenham, Son Heung-min, yang melengkapkan umpanan Brennan Johnson.
Jordan Ayew mengurangkan defisit buat Palace pada minit keempat masa kecederaan tetapi Spurs bertahan untuk melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 10 perlawanan liga dan mendahului Manchester City dan Arsenal -- masing-masing menentang Manchester United dan Sheffield United, hujung minggu ini -- dengan lima mata.
“Biarlah mereka bermimpi. Itulah maksud menjadi penyokong bola sepak. Adalah wajar untuk mengatakan mereka sedikit menderita (untuk menamatkan penantian trofi) jadi saya pastinya tidak mahu memudarkan harapan mereka, "kata pengurus itu.
“Kedudukan teratas adalah hebat dan ini satu keputusannya hebat tetapi ia menjurus kepada langkah yang diambil. Sejak dari perlawanan pertama lagi kami telah menghadapi pelbagai cabaran berbeza yang perlu diatasi.
“Kami sering dapat mengembalikan tumpuan dan pandangan yang jelas tentang barisan ini secara kolektif untuk menangani rintangan yang ada.
"Ini sangat menggembirakan dan kerana mereka menikmati ganjarannya maka ia memberi kami peluang untuk mempercepatkan perkembangan dengan menawarkan mereka lebih banyak kemudahan di luar sana bagi membantu mereka mengatasi ranjau yang ada.
“Saya memang sudah menduga malam ini akan menjadi perlawanan yang sukar untuk kami. Datang ke mari selepas persembahan Palace minggu lalu, ia adalah sebuah gelanggang yang sukar, mereka hanya melepaskan tiga gol dalam empat perlawanan setakat ini dan bagaimana mereka akan menyekat kami?
"Saya cukup menggemari cara kami mengatasinya sebagai sebuah kumpulan."