Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, menegaskan bahawa setiap perlawanan adalah penting ketika The Blues berhajat meneruskan rentak kemenangan di Burnley.
Mereka telah memperoleh kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Brighton 1-0 dalam Piala Liga Inggeris (EFL) dan menewaskan pencabar dari barat London, Fulham, 2-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Misi Chelsea yang seterusnya ialah lawatan ke Turf Moor untuk menghadapi The Clarets, justeru Pochettino tahu betapa sukarnya perlawanan itu.
Dia memberitahu sidang akhbar: "Setiap perlawanan adalah penting bagi kami dan ia adalah dua perkara yang berbeza.
“Yang pertama sekali ialah untuk mendapatkan keputusan yang diperlukan, satu lagi adalah untuk menyelesaikan dan membantu pemain untuk mencapai prestasi terbaik.
“Setiap perlawanan EPL adalah penting dan sudah tentu esok akan menjadi perlawanan yang sukar kerana mereka merupakan sebuah pasukan yang gemar berlari dan cuba menguasai permainan.
"Sudah tentu ia akan menjadi sukar tetapi kami akan ke sana untuk cuba memenangi tiga mata.”