Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Bruno Fernandes tak layak ketuai Manchester United

roy-keane.jpg
MAN UTD 0 MAN CITY 3

Roy Keane menegaskan Bruno Fernandes perlu dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan Manchester United selepas mereka dikalahkan oleh Manchester City dalam 'derby' berat sebelah di Old Trafford, awal pagi tadi. 


Erling Haaland menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas 26 minit permainan sebelum tandukannya menghasilkan jaringan sejurus rehat sebelum Phil Foden menjadikan kemenangan 3-0 untuk barisan pelawat kendalian Pep Guardiola.

Tatkala City meletakkan penanda aras dalam mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), ia menjadi kekalahan kelima United selepas hanya 10 perlawanan musim ini yang menyebabkan mereka tercicir 11 mata dengan pendahulu, Tottenham.

Berdasarkan tindakan segera yang boleh dilakukan bagi membetulkan kegagalan mereka ketika ini baik di dalam dan di luar padang, Keane mencadangkan lilitan di lengan Fernandes supaya dilucutkan selepas mengambil alih peranan tersebut daripada Harry Maguire sebelum kempen 2023/24 bermula. 

 

Keane yang mengetuai United dari 1997 hingga 2005  dalam era kegemilangan kelab itu memberitahu Sky Sports: “Selepas hari ini, setelah melihatnya semula, saya pasti akan melucutkan jawatan kapten daripadanya.

"100 peratus. Saya tahu ia satu keputusan berat sebab mereka telah menukar kapten daripada Maguire sebelum ini. Tetapi Fernandes tidak memenuhi ciri-ciri selaku ketua pasukan. 




“Dia seorang pemain yang berbakat, tidak syak lagi mengenainya tetapi berdasarkan apa yang saya lihat hari ini iaitu rengekannya, rintihannya, tangannya sentiasa menjulang ke udara, ia benar-benar tidak dapat diterima.

“Dengan apa yang kita lihat hari ini, saya akan melucutkannya. Pengurus mampu melakukannya. Dia bertentangan dengan apa yang saya mahukan sebagai seorang kapten."

Advertisement

Must Watch Video