Skip to main content

Bola Sepak

Enrique: Waspada ancaman Cavani

luis-enrique-fears-happy-cavani-could-upset-barca.jpg

Luis Enrique menyifatkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, sebagai ancaman terbesar Barcelona menjelang aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Juara bertahan Ligue 1 itu, yang kehilangan khidmat penyerang berbisa, Zlatan Ibrahimovic, yang berhijrah ke Manchester United selepas kontraknya tamat pada penghujung musim 2015-16, memberikan ruang buat Cavani untuk menyerlah.

Bintang Uruguay itu telah meledak 33 gol dalam 31 penampilan musim ini, termasuk enam gol dalam enam perlawanan UCL.

Selepas tiga musim memainkan peranan sebagai pemain sokongan kepada Ibrahimovic, jurulatih Barca itu berasakan PSG sedang memanfaatkan kualiti sebenar penyerang berusia 29 tahun itu.

"Cavani seperti sudah mendapatkan rentak seperti ketika dia bersama Napoli," ujar Enrique.

"Dia merupakan seorang penyerang berbisa dan menjadi tonggak utama PSG."

Advertisement

Must Watch Video