Skip to main content

Bola Sepak

Enrique lakukan tugas hebat -- Bartomeu

luis-enrique-takes-responsibility-for-barcelona-s-psg-humiliation.jpg
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, menegaskan Luis Enrique kekal sebagai jurulatih yang dimahukan kelab itu walaupun beliau tidak berpuas hati dengan kekalahan kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Enrique kini di bawah tekanan yang semakin meningkat selepas Barca dimalukan PSG 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.

Jurulatih dan pemainnya telah diejek ketika Lionel Messi menjaringkan gol lewat menerusi penalti untuk menyelamatkan kemenangan 2-1 ke atas Leganes dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.

Bercakap sebelum kemenangan itu, Bartomeu menawarkan sedikit sokongan kepada Enrique dan pasukannya yang kini berada di tangga kedua liga.

"Kami bersetuju dengannya (Enrique) sebentar tadi bahawa kami akan bercakap pada April ini. Sekarang adalah masa untuk memberi tumpuan kepada permainan yang akan datang," katanya kepada media.

"Luis Enrique adalah jurulatih yang kami mahu, dia melakukan kerja yang hebat, dan kecuali di Paris, kami gembira dengan keputusan-keputusan perlawanan."

Pendahulu liga, Real Madrid -- yang berkelebihan satu mata berbanding Barca -- memiliki dua perlawanan di dalam tangan.
 

Advertisement

Must Watch Video