Bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini, memberi amaran buat bekas pasukannya itu tentang kesukaran yang akan dihadapi mereka untuk meraih empat kejuaraan musim ini.
City meraih kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL) semalam dan masih bersaing untuk merebut kejuaraan dalam Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.
Jadual padat mereka itu mungkin sudah bermula memberikan kesan dengan Fernandinho dan Aymeric Laporte menderita kecederaan ketika menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir itu.
Pellegrini, yang mengemudi City menjuarai Liga Perdana musim 2013-14, berkata amat sukar untuk skuad kendalian Pep Guardiola itu bersaing merebut kesemua kejuaraan musim ini.
"Segalanya boleh berlaku dalam bola sepak," katanya ketika sidang media menjelang perlawanan pasukannya, West Ham, dengan City Khamis ini.
"Cara anda untuk kekal bersaing dalam setiap kejohanan lebih sukar, namun seperti yang saya katakan ketika musim pertama saya bersama pasukan itu, andai kami terus bersaing dalam Liga Juara-Juara -- City disingkirkan Barcelona -- dan terus bersaing dalam saingan liga, kami tidak akan memperoleh hari Rabu yang cukup kerana perlawanan akan ditunda ekoran saingan piala.
"Mungkin anda perlu beraksi sebanyak empat perlawanan seminggu, namun sudah tentu ia tidak akan berlaku," katanya.
City akan melayani kunjungan West Ham dan ia merupakan perlawanan ketujuh mereka dalam bulan ini ketika mereka ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Liverpool.
Pellegrini meninggalkan City pada Jun 2016 dan berkata kelab itu semakin berkembang sejak tempoh itu.
"Mereka semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mungkin selepas saya menamatkan kontrak, mereka telah mendatangkan ramai pemain baru. Mereka telah melakukan pelaburan yang besar.
"Sejak dari awal lagi, mereka merupakan pasukan terbaik di England dengan pemilik dan pegawai teknikal terbaik.
"Mereka telah melakukannya dengan amat baik," tambahnya.