Unai Emery sekali lagi perlu menjawab persoalan mengenai Mesut Ozil selepas Arsenal menemui jalan buntu ketika menghadapi BATE dalam kempen Liga Europa tanpa kelibat pemain dari Jerman itu.
The Gunners tewas 0-1 dalam pertemuan pusingan 32 itu awal pagi tadi dan lebih perit lagi, Alexandre Lacazette dibuang padang kerana melakukan kekasaran.
Pemain tengah, Ozil dan Aaron Ramsey, terlepas rombongan ke Belarus sehingga menjadi bualan utama dalam sidang media pasca perlawanan itu.
Bagaimanapun, bekas pengurus Sevilla itu menjelaskan bahawa Arsenal telah berjaya mengharungi aksi tanpa Ozil menerusi kemenangan ke atas Huddersfield Town hujung minggu lalu serta menekankan bahawa skuad pilihannya untuk menghadapi BATE cukup bersedia untuk menghasilkan keputusan positif.
"Setiap pemain bersedia untuk diturunkan. Kami boleh menang melalui mereka dan kami sepatutnya dapat melakukannya," kata juara tiga kali bersama Sevilla itu.
"Kami menang dan kami menggunakan corak dan pemain yang sama seperti minggu lalu. Tiada bezanya dengan perlawanan ini. Kami berhak menang tetapi gagal meraih hasilnya.
"Kami boleh menang dan kalah dengan menggunakan pemain yang sama."
Di sebalik kekecewaan itu, Arsenal yakin mampu memadamkan defisit satu gol itu dalam perlawanan timbal balik di Stadium Emirates, minggu depan.
Emery menjanjikan peningkatan prestasi di tempat sendiri selepas tandukan Stanislav Dragun pada penghujung separuh masa pertama memastikan kemenangan mengejut BATE di depan peminat sendiri.
"Ini adalah pertemuan pertama. Perlawanan seterusnya akan berlangsung di London dan saya fikir ia berbeza," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu.
"Saya percaya kepada barisan pemain dan stadium kami. Saya percaya terhadap usaha dan persiapan kami untuk meraih keputusan yang berbeza.
"Ini bukan keputusan yang kami mahukan, kami lebih berhak untuk menang tetapi pihak lawan berusaha untuk meraih keputusan ini. Minggu depan pasti menjadi pertemuan yang berbeza."
Mengenai kad merah Lacazette kerana mengasari Aleksandar Filipovic, Emery mendakwa dia tidak melihat kejadian itu tetapi memberi amaran kepada pemainnya supaya kekal tenang ketika cuba bangkit dalam babak kedua.
"Kami bercakap tentang bagaimana kami perlu mengawal kekecewaan," katanya. "Kad merah ini satu berita yang buruk. Kami tidak dapat menurunkannya minggu depan."