ARSENAL 3 BATE 0
(Arsenal menang dengan agregat 3-1)
Unai Emery memuji persembahan Arsenal kerana mengikut pelan permainannya untuk mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas BATE untuk melepasi puisngan 32 Liga Eropah.
The Gunners tewas 0-1 minggu lalu tetapi mereka menemui rentak sebaik berada di depan pada awal permainan ekoran gol sendiri pada minit keempat disusuli jaringan Shkodran Mustafi dan Sokratis Papastathopoulos, awal pagi tadi.
Sokratis perlu menantikan permainan melewati sejam untuk merakamkan gol, sekali gus Arsenal berhasil mengelak daripada tersingkir melalui kelebihan jaringan dalam babak kedua, namun Emery gembira dengan cara pasukannya menangani situasi itu.
"Kami perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana jika pihak lawan menjaringkan gol, mereka boleh bangkit dalam perlawanan ini," katanya kepada BT Sport.
"Mesej kami adalah: jika kami berhasil mendapatkan gol, maka teruskan. Jika kami menjaringkan dua gol, teruskan dan teruskan. Kami memerlukan dua, tiga atau empat gol untuk kedudukan lebih selesa dalam 90 tempoh minit permainan.
"Barisan pemain telah mengikut perancangan dan mereka tiba di dalam kotak penalti dengan deretan hantaran lintang. Kami menunjukkan aksi yang diidamkan yang kami gagal jelmakan ketika beraksi di laman sendiri sebelum ini."
Mustafi turut menyanjung percaturan permainan Arsenal biarpun dalam keadaan terdesak berikutan aksi berbaki sejam.
"Kami sedar kami perlu mendapatkan gol tetapi pada masa yang sama tidak boleh dibolosi," katanya. "Kami melakukannya dengan baik. Kami mula bermain dengan baik dan lebih kerap menyerang.
"Kami mencipta banyak peluang dan jaringan hadir menerusi situasi bola mati. Ia merupakan sesuatu yang kami usahakan dan kami mendapat manfaat daripadanya. Kami mengulangi gerakan ketika berlatih ke dalam perlawanan sebenar.
"Pengurus menggalakkan kami supaya mengekalkan gaya permainan sendiri, kami harus percaya kepada diri sendiri dan ia akan memberikan hasil."
Bola Sepak
Emery puas hati corak permainan The Gunners
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena