ARSENAL 5 BOURNEMOUTH 1
Unai Emery berasakan Mesut Ozil kini lebih gembira di Arsenal sambil memuji aksi hebat perancang pasukannya itu ketika membantu kemenangan 5-1 ke atas Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Bekas pemain kebangsaan Jerman itu menyinar dalam penampilan pertamanya selaku kesebelasan utama sejak 29 Januari lalu dengan menjaringkan gol pembukaan dan membantu jaringan Henrikh Mkhitaryan dalam 45 minit pertama yang gemilang.
Ozil, 30, bergelut untuk mendapatkan kepercayaan Emery sejak jurulatih kelahiran Sepanyol itu tiba di Stadium Emirates dan turut dikaitkan untuk meninggalkan The Gunners dalam jendela perpindahan Januari depan.
Namun, bekas bintang Real Madrid itu mengagumkan jurulatihnya itu dengan perasaan bercampur-baur ketika menewaskan The Cherries dan mungkin akan dipilih untuk menghadapi 'derby' London, hujung minggu ini.
"Bagus," kata Emery ketika diminta untuk mengulas mengenai prestasi Ozil oleh BBC.
"Saya berasakan dia semakin gembira dengan kami.
"Saya juga berbangga dengan barisan pemain saya, termasuk Mesut.
"Dia membantu kami dengan kualiti yang dimilikinya dan membentuk sistem permainan berbeza," katanya.
Laurent Koscielny, Pierre-Emerick Aubameyang dan pemain gantian, Alexandre Lacazette, turut menyertai Ozil dan Mkhitaryan dalam senarai penjaring.
The Gunners memperoleh kemenangan itu selepas gol Lys Mousset dalam babak pertama merupakan jaringan terakhir pelawat dalam perlawanan tersebut.
Kemenangan itu memberikan makna lebih besar selepas pasukan di tangga ketiga, Tottenham Hotspur, tewas 0-2 kepada Chelsea.
Mereka kini boleh merapatkan jurang dengan Spurs ketika kedua-dua pasukan itu bertemu di Stadium Wembley, Sabtu ini -- peluang yang amat dinanti-nantikan Emery, yang akan berdepan Manchester United lapan hari kemudian.
"Benar, ia memberikan motivasi yang besar," katanya menjelang perlawanan 'derby' itu.
"Kami perlu mengambil kesempatan seperti hari ini.
"Kami mempunyai kesempatan yang baik.
"Buat masa ini, mereka menduduki tangga yang lebih baik berbanding kami dan amat sukar untuk memenangi perlawanan di sana.
"Ia pasti ujian yang sukar," katanya.
Emery berharap pertahanan tengah pasukannya, Koscielny, akan cergas dalam aksi berdepan Spurs selepas pemain itu berdepan terjahan keras daripada Joshua King pada lewat permainan.
Rakan gandingannya, Sead Kolasinac, turut berada dalam pemantauan selepas dikeluarkan pada minit ke-57 ekoran masalah otot.