Skip to main content

Bola Sepak

Emery: Kehadiran Suarez tidak beri kesan kepada Ozil

unai-emery-mesut-ozil_.jpg
Ketua jurulatih Arsenal, Unai Emery, tidak berasakan kehadiran Denis Suarez akan memberi impak kepada Mesut Ozil.

Walaupun dilantik sebagai salah seorang kapten Arsenal, Ozil hanya tampil 13 kali dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan kelihatan tidak bersesuaian dengan corak permainan Emery.

Suarez menyertai kelab secara pinjaman dari Barcelona pada Khamis, pemain tengah itu kembali ke EPL selepas dua tahun bersama Manchester City bermula pada 2011.

Menjelang aksi Arsenal bertemu City dalam saingan EPL pada Ahad, pemain berusia 25 tahun itu mungkin melakukan penampilan sulung untuk The Gunners berdepan penyandang juara.

Emery menafikan kehadiran Suarez, yang beraksi untuk beliau bersama Sevilla pada musim 2014-15, akan mengurangkan lagi peluang Ozil beraksi.

"Ia tidak mengubah apa-apa buat Ozil," kata Emery. "Suarez hadir ke kelab kerana kami memiliki masalah di bahagian sayap, kami tidak memiliki pemain yang boleh beraksi di bahagian kanan atau kiri -- itu sebabnya.

Ditanyakan sama ada Ozil akan kekal sebagai kapten Arsenal, Emery membalas, "Saya berasakan segalanya jelas, anda semua mengeluarkan isu ini setiap minggu. Kami memiliki empat kapten, saya tidak tahu sama ada anda hadir ke sidang media sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya.

"Kapten pertama adalah Laurent Koscielny, dia mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi. Kedua adalah Petr Cech, ketiga Aaron Ramsey, selepas itu adalah Mesut Ozil.

"Ketika beraksi bersama Cech, Cech adalah kapten; ketika bermain bersama Koscielny, Koscielny adalah kapten; ketika bermain bersama Ramsey, Ramsey adalah kapten, dan jika tiga pemain ini tidak menjadi kapten, Ozil akan mengambil alih tugas tersebut.

"Dalam perlawanan sebelum ini, Petr Cech, Laurent Koscielny dan Aaron Ramsey tidak beraksi, jadi Ozil adalah kapten."

Advertisement

Must Watch Video