LYON 2 PSG 1
Unai Emery berkata 10 pemain Paris Saint-Germain (PSG) tidak sepatutnya kalah menentang Lyon dan percaya seri adalah keputusan yang adil untuk pendahulu Ligue 1 itu.
Ia adalah satu hari yang mahu dilupakan skuad Emery apabila gergasi Perancis itu dikecewakan dengan jaringan kemenangan Memphis Depay pada masa kecederaan yang menyebabkan mereka kalah 2-1 di Stadium Groupama, awal pagi tadi.
Sudahlah beraksi tanpa Neymar, PSG juga kehilangan Kylian Mbappe akibat kecederaan dan Dani Alves dilayangkan kad merah pada babak kedua.
Depay pula meledak pada minit ke-94 untuk mengatasi gol penyamaan Layvin Kurzawa susulan jaringan pembukaan pada minit kedua daripada Nabil Fekir.
Emery meratapi keputusan itu yang mengurangkan jurang penguasaan PSG di puncak liga kepada lapan mata selepas Lyon melakar enam kemenangan berturut-turut dalam Ligue 1.
"Kedua-dua pasukan memberi segala-galanya selama 90 minit. Ada beberapa tempoh sukar bagi kami tetapi kami mampu mengatasi mereka dengan karakter.
"Kami mempunyai peluang dan penguasaan bola, 1-1 adalah keputusan yang adil.
"Lyon memiliki pemain yang baik, yang membolehkan dia (Depay) menjaringkan gol kedua. Ia agak tidak adil tetapi itulah bola sepak," kata jurulatih itu.