Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Emerging Socceroos: Malaysia tamatkan saingan di tempat ke-10

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

b15.jpg
Skuad bawah bawah 15 tahun (B-15) negara menamatkan kempen Emerging Socceroos di tempat ke-10 secara keseluruhan di Melbourne, Australia. 

Untuk rekod, ini adalah penyertaan kali pertama Malaysia dalam kejohanan tersebut, sekali gus merupakan pasukan antarabangsa pertama dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam pertandingan remaja itu.

Skuad kendalian Noor Zaidi Rohmat gagal layak ke suku akhir selepas berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan mengutip dua mata dan perlu mengharungi baki perlawanan untuk klasifikasi tempat kesembilan hingga 16. 

Berdepan kelab handalan seperti Victoria White, Queensland Maroon dan juga Capital Football merupakan pendedahan terbaik buat anak muda, selain mengumpul pengalaman di pentas antarabangsa. 

Satu pencapaian positif apabila tidak menjadi sekadar pasukan pelengkap, sebaliknya tempat ke-10 adalah keputusan membanggakan buat bakal permata negara itu.




Selepas ini, giliran skuad wanita B-15 negara pula akan berlepas ke Sydney bagi menghadapi Emerging Matildas pada 15 Julai hingga 20 Julai ini. 

Antara yang dipanggil adalah empat pemain dari skuad Malayan Tigress B-19 kendalian Cameron Ng yang mengharungi kempen Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2025 di Ho Chi Minh, Vietnam pada 9 hingga 13 Jun lalu iaitu tiga pemain tengah, Nur Qistina Fais, Nina Hasmaji, Awadah Awfiyah serta pemain pertahanan, Ummairah Soberi.  
 

Advertisement

Must Watch Video