Skip to main content

Bola Sepak

Ejen dedah Bacca mahu kembali ke Sevilla

bacca-060817.jpg
Pemain AC Milan, Carlos Bacca, berminat untuk kembali beraksi bersama Sevilla selepas disahkan oleh ejennya, Sergio Barila.

Penyerang Colombia itu dijangka meninggalkan San Siro pada musim panas ini selepas diketepikan daripada aksi pra-musim menentang Bayern Munich serta dua aksi kelayakan Liga Europa menentang CSU Craiova.

Bacca telah memenangi dua kejuaraan Liga Europa bersama Sevilla sebelum ini, sekaligus membuatkannya mahu pulang ke Sepanyol.

“Jelas sekali Bacca mahu kembali Sevilla,” kata Barila.

“Dia memiliki kelebihan serta pengalaman di sana dan memandangkan kini memasuki tahun penting sebelum ke Piala Dunia, pastinya semua pemain mahukan peluang lebih beraksi.

“Ketika Bacca tiba di Milan, dia menandatangani kontrak lima tahun dan berikrar mahu kekal lama tetapi malangnya kini mereka mempunyai perancangan baru,” tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video