Pengurus Toulouse, Pascal Dupraz, menyifatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan pemain termahal di dunia, Neymar setaraf dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Dupraz menyaksikan persembahan pemain bernilai EURO222 juta (RM1.1 bilion) itu membantu PSG meraih kemenangan 6-2 ke atas pasukannya.
Tidak memerlukan masa panjang untuk memberikan impak, pemain kebangsaan Brazil itu menjaringkan gol dua kali dan melakukan satu bantuan jaringan yang dihasilkan oleh Layvin Kurazawa.
Dupraz memuji persembahan Neymar dan membandingkan persembahannya setaraf dengan bekas rakan sepasukannya, Messi dan Ronaldo.
"Dia seorang pemain yang menakjubkan," kata Dupraz.
"Saya sangat bertuah kerana dapat melihatnya beraksi. Dia memiliki kepantasan dan teknik yang sangat bagus.
"Dia setaraf Messi dan Ronaldo."