LIGUE 1
Dua gol Balotelli bantu Nice ikat Monaco
MONACO 2 NICE 2
Mario Balotelli mencetak dua gol sebelum Radamel Falcao mencetuskan drama pada penghujung perlawanan dalam aksi 'derby' Ligue 1 di antara AS Monaco dan Nice yang berkesudahan 2-2, awal pagi tadi.
Juara bertahan itu berada di hadapan selepas Adama Diakhaby tidak membuat sebarang kesilapan untuk menyudahkan hantaran lintang Thomas Lemar.
Iklan
Balotelli kemudian menolak masuk gol penyamaan, dua minit sebelum separuh masa dengan memperdayakan rakan senegaranya, Andrea Raggi, untuk gol ke-12 peribadinya musim ini.
Begitupun, kepekaan Falcao pada masa kecederaan memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.
Sementara itu, Marseille merampas tangga kedua Ligue 1 apabila persembahan cemerlang Dimitri Payet mencuri tumpuan dalam kemenangan 2-0 ke atas Strasbourg.
Payet merakamkan satu gol dengan memperdayakan Alexandre Oukidj, lalu mengakibatkan penjaga gol itu terpaksa diusung keluar akibat kecederaan lutut yang serius.
Must-Watch Video