Andre Schurrle menegaskan Borussia Dortmund akan mempamerkan kekuatan sebenar mereka untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, susulan kekalahan 1-0 kepada Benfica dalam pertemuan pertama pusingan 16, pagi tadi.
Schurrle dan Dortmund gagal menyudahkan deretan pulang ketika bertandang ke Estadio da Luz.
Ia mimpi buruk buat Pierre-Emerick Aubameyang selepas gagal menyumbat sepakan penalti selain terlepas dua peluang menarik untuk memecah kebuntuan sehingga dikeluarkan oleh Thomas Tuchel selepas sejam permainan berlangsung.
Tendangan Aubameyang dibaca dengan baik oleh penjaga gol, Ederson, selepas 13 minit babak kedua bersambung untuk peluang memadamkan gol awal Kostas Mitroglou pada minit ke-48, namun Schurrle tetap yakin mereka mampu lolos.
"Kami lebih menyerlah, khususnya pada separuh masa pertama, di mana kami mempunyai peluang yang lebih baik," kata Schurrle kepada UEFA.com.
"Terutama dengan sepakan penalti yang dihadiahkan, kami patut menang.
"Kami masih mempunyai perlawanan timbal balik dan kami akan membuktikan bahawa kami adalah pasukan yang lebih baik dan akan mara.
"Kami mempunyai banyak peluang di depan gol tapi segalanya tidak menjadi hari ini."
Rakan sepasukan, Julian Weigl, menambah: "Kami patut dan boleh mencapai keputusan selesa dalam perlawanan ini.
"Kami telah menampilkan aksi mengagumkan, kami mencipta banyak peluang. Kami boleh menang 2-0, 3-1 malam ini.
"Kekalahan 1-0 bukanlah keputusan yang bagus untuk aksi timbal balik, namun kami akan beraksi di depan penyokong sendiri dan ia tidak mustahil walaupun perit.
"Saya sangat yakin salah satu daripada peluang itu dapat disudahkan. Kami wajar mendapatkannya.
"Saya tidak tahu nak cakap macam mana tapi keputusan ini sangat-sangat menjengkelkan."