Skip to main content

Bola Sepak

Dortmund dituntut segera putuskan masa depan Aubameyang

pierre-emerick-aubameyang_3.jpg
Jurulatih Borussia Dortmund, Peter Stoger, menggesa masa depan Pierre-Emerick Aubameyang segera diputuskan di tengah-tengah minat daripada Arsenal, namun ia belum dipastikan sama ada ia akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Dortmund mengumumkan pada hujung minggu lalu bahawa mereka telah menerima tawaran -- dipercayai bernilai €50 juta (RM241j) -- daripada Arsenal selepas mengumumkan penyertaan Henrikh Mkhitaryan dari Manchester United.

Dortmund hanya akan menerima nilai sebanyak €60j (RM289.1j) terhadap khidmat pemain berusia 28 tahun itu, yang diketepikan sejak dua perlawanan terakhir Bundesliga berikutan masa depannya yang semakin tidak menentu.

Stoger secara konsisten membiarkan pintu terbuka buat Aubameyang kembali merebut tempatnya apabila penyerang itu kelihatan berlatih bersama pasukan utama, semalam.

Jurulatih berkenaan, bagaimanapun, tidak mempunyai kepastian berhubung anak buahnya itu sambil berharap ia akan diselesaikan segera.

"Sudah tentu, apa jua cara pun kami ingin mendapatkan jalan penyelesaian esok," kata Stoger.

"Ia sesuatu yang jelas akan memberi kebaikan tetapi jika ia menuntut masa yang lebih lama untuk diselesaikan, maka ia akan memakan masa yang lebih lama.

"Saya tidak boleh memberi jaminan sesuatu akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang," ujarnya.







 

Advertisement

Must Watch Video