DORTMUND 1 HERTHA BERLIN 1
(Dortmund layak menerusi penentuan sepakan penalti 3-2)
Thomas Tuchel tidak memiliki keraguan bahawa kemaraan Borussia Dortmund ke peringkat suku akhir DFB-Pokal sesuai dengan usaha mereka ketika bertemu Hertha Berlin.
Dortmund ketinggalan pada separuh masa pertama menerusi gol Salomon Kalou tetapi Marco Reus menyamakan kedudukan dalam babak kedua.
Keputusan 1-1 itu kekal sehingga masa sebenar permainan berakhir untuk melanjutkan perlawanan ke masa tambahan.
Kegagalan Fabian Lustenberger, Vladimir Darida dan Kalou dalam penentuan sepakan penalti memberi peluang kepada Dortmund untuk mara dengan kemenangan 3-2.
Dortmund bakal bertemu kelab divisyen ketiga, Sportfreunde Lotte, yang memiliki reputasi sebagai pembunuh pasukan gergasi hasil kejayaan menyingkirkan Werder Bremen dan Bayer Leverkusen sepanjang laluan mereka ke suku akhir.
"Terima kasih kepada (penjaga gol) Roman Burki," kata Tuchel.
"Dia mengagak dengan tepat setiap tendangan penalti. Sepakan Gonzo (Gonzalo Castro) cukup penting untuk menjadikannya 3-2. Selepas itu, semuanya dalam keadaan baik.
"Kami memiliki banyak peluang. Saya tidak menjangkakannya. Kami menampilkan karisma yang tinggi, semangat yang bagus dan kualiti di atas padang.
"Kami kembali buntu dalam tindakan penyudah, sentuhan terakhir akan menentukan keputusan ini.
"Apa pun, kami berhak untuk menang."
Tuchel turut menyanjung Ousmane Dembele, di sebalik aksi longlai pasukannya.
Dembele terpaksa meninggalkan padang seketika kerana kekejangan otot dalam masa tambahan, dia kemudian mendapatkan rawatan kerana Dortmund sudahpun menggunakan ketiga-tiga kuota pemain gantian sebelum meneruskan aksinya dan turut menyempurnakan tendangan penalti.
"Seluruh badannya kekejangan dan dia pulih," kata Tuchel.
"Apabila dia mengambil tempat untuk sepakan penalti, kami yakin dia mampu melaksanakannya.
"Dia mempunyai semangat itu, ia sesuatu yang semulajadi."