Skip to main content

Bola Sepak

Dortmund belum terima tawaran Arsenal dapatkan Brandt

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

julianbrandt.jpg
Pengarah Kesukanan Borussia Dortmund, Michael Zorc, menegaskan bahawa "tiada langsung tawaran" daripada Arsenal untuk mendapatkan Julian Brandt.

Brandt, 24, dikaitkan untuk menyertai sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan ini.

Tetapi Zorc berkata masih tiada tawaran daripada mana-mana pasukan untuk mendapatkan pemain tengah itu, yang masih memiliki kontrak bersama Dortmund sehingga 2024.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa khabar angin yang diada-adakan pihak media. Kini terdapat satu nama (Brandt) yang sentiasa dikaitkan padahal kami langsung tidak terfikir untuk melepaskannya," katanya dalam sidang media.

"Secara keseluruhan, kami melihat kepada pelbagai senario berbeza disebabkan latar belakang ekonomi yang tidak begitu bagus disebabkan pandemik yang masih berpanjangan.

"Tetapi saya hanya boleh mengulanginya sekali lagi. Kami langsung tidak menerima sebarang tawaran," katanya.

Dortmund, yang kini berada di tangga kelima Bundesliga, akan berkunjung ke laman RB Leipzig hujung minggu ini.
 
 

Advertisement

Must Watch Video