Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma, tidak menyembunyikan rasa lega selepas diterima penyokong Rossoneri selepas melakukan penampilan pertama pada musim baru.
Milan menewaskan CSU Craiova 2-0 dalam aksi kedua pusingan ketiga kelayakan Liga Europa dan ia merupakan perlawanan pertama Donnarumma selepas menandatangani kontrak baru.
Selepas mencetuskan kontroversi kerana tidak mahu memperbaharui kontrak di San Siro, Donnarumma mengubah pendirian apabila bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan.
Jangkaan bahawa penjaga gol Itali itu bakal menerima sambutan dingin ternyata meleset selepas penyokong Milan memberikan tepukan buatnya di sepanjang perlawanan.
“Saya berterima kasih dengan penerimaan serta sorakan yang mereka berikan.
“Mereka tahu saya adalah peminat nombor satu Milan. Walaupun tidak menjangkakannya, saya gembira dengan sokongan yang diberikan dan berjanji akan memberikan aksi terbaik,” kata Donnarumma.
Milan kini menempah tiket ke saingan play-off Liga Europa dan bakal mengetahui siapa lawan mereka apabila undian dilakukan hari ini.