Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui pasukannya kali ini lebih mantap berbanding musim lalu selepas cemerlang menewaskan Terengganu 3-0 malam tadi untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Super 2019.
Dalam aksi itu, Pahang beraksi garang dalam pertemuan setempat Pantai Timur menentang Terengganu di Stadium Darulmakmur dan mereka tidak menunggu lama untuk meraih gol pendahuluan apabila hantaran Mohamadou Sumareh disudahkan penyerang sensasi, Dickson Nwakaeme, seawal minit ke-12.
Walaupun kebangkitan dijelmakan pelawat, kehebatan tuan rumah sukar dibendung apabila skuad Tok Gajah menambah jaringan menerusi Herold Goulon pada minit ke-51 sebelum Norsahrul Idlan Talaha melengkapkan kemenangan bergaya buat Pahang menerusi jaringan pada minit-minit akhir.
"Kami lebih mantap jika dibanding tahun lalu. Kami banyak dihantui masalah kecederaan ketika musim lalu, jadi kemasukan pemain seperti Nwakaeme dan Goulon tahun ini diharap menambah kekuatan pasukan," kata Dollah.
Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, akur dengan kegagalan mereka membawa pulang mata sambil berpendapat pasukannya kecundang di tangan pasukan yang lebih kuat.
"Kami tidak bergerak daripada kawasan kami. Ia dapat diubah selepas rehat dan melakukan asakan ke kubu Pahang dalam babak kedua. Namun, kami tewas di tangan pasukan yang lebih baik," ujarnya.