Skip to main content

Bola Sepak

Dollah: Selangor pasukan bahaya

dollah_1.jpg
"Bukan senang main dengan pasukan bermasalah."

Itu pendapat yang disuarakan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, yang enggan memperlekehkan kemampuan Selangor walaupun lawan bergelut dengan prestasi hambar awal musim ini.

Pahang bakal menerima kunjungan Selangor di Stadium Darul Makmur malam ini untuk perlawanan keempat Liga Super.

Berdasarkan prestasi semasa, skuad Tok Gajah nyata lebih ampuh dan diramal mudah menjinakkan pasukan kendalian B. Sathianathan itu tatkala lawan mengalami kemerosotan prestasi dengan kegagalan meraih kemenangan daripada tiga perlawanan.

Bagaimanapun, Dollah berpandangan sebaliknya apabila berasakan situasi itu lebih menyukarkan anak buahnya kali ini.

"Saya risaukan perkara ini apabila pasukan lawan dalam keadaan tertekan, sudah pasti mereka akan bermain bermati-matian.

"Apa yang menguntungkan, kami beraksi di laman sendiri dan saya harap kami tidak bermain sambil lewa atau mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku dengan Selangor," katanya.

Dollah dijangka melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama selepas kehilangan Nor Azam Azih yang terpaksa diketepikan ekoran penggantungan perlawanan dan tempat tonggak tengah itu bakal digalas Wan Zaharulnizam Zakaria.

Bagaimanapun, bekas jurulatih Selangor itu percaya terhadap kemampuan Wan Zaharulnizam dalam misi bangkit meraih kemenangan.

"Dia tiada masalah dan boleh diletakkan di mana-mana posisi. Kalau saya minta dia bermain di kanan atau kiri serta penyerang, dia tidak memberi masalah atau merungut."

Advertisement

Must Watch Video