Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas PKNS FC semalam merupakan penyuntik semangat buat skuad Tok Gajah untuk bangkit memburu kedudukan kedua dalam saingan Liga Super musim ini.
Pahang tewas menentang pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Selasa lalu, sekaligus terpaksa melupakan hasrat untuk meraih kejuaraan liga musim ini.
Sebaliknya, skuad Tok Gajah bersikap realistik untuk menamatkan saingan di tangga kedua yang turut dicabar oleh beberapa pasukan lain, terutama Kedah, dan sasaran itu diterjemahkan dalam pertemuan semalam menentang PKNS.
Dalam perlawanan itu, dua tonggak import Pahang, Matheus Alves dan Mohamadou Sumareh, muncul wira apabila masing-masing menyumbat jaringan pada setiap babak perlawanan.
"Saya tidak mahu pemain saya putus asa, jadi kemenangan malam ini membuktikan harapan untuk bersaing di tempat kedua masih ada," kata Dollah.
Sementara itu, pemangku jurulatih PKNS FC, Adam Abdullah, mengakui percaturan taktikalnya tidak menjadi, namun enggan menyalahkan pemainnya sebagai punca kekalahan itu.
"Liga masih berbaki tujuh perlawanan dan memang taktikal kami menentang Pahang untuk lebih banyak bertahan tetapi ia tidak menjadi.
“Oleh itu, kami akan merangka perancangan seterusnya dalam perlawanan menentang Sarawak dan T-Team,” katanya.