Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui terpaksa mengetepikan kelibat penyerang tempatan, Norshahrul Idlan Talaha, yang tiada dalam perancangannya dalam kesebelasan utama aksi pembukaan Liga Super musim 2019.
Norshahrul tampil berkesan akhir-akhir ini selain cemerlang ketika bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Dollah sebaliknya lebih cenderung kepada gandingan penyerang import sensasi, Dickson Nwakwaeme, dan bekas rakan sepasukan bintang dunia, Neymar, ketika bersama Santos, Ze Love, untuk kesebelasan utama di Stadium Cheras, malam ini.
"Saya berharap kedua-dua pemain import ini dapat menampilkan persembahan terbaik. Kehadiran dua pemain ini memaksa saya mengetepikan salah seorang penyerang dan Norshahrul tidak dapat beraksi dalam aksi sulung Pahang," katanya.
Ini berdasarkan keserasian kedua-dua pemain itu walaupun hanya bersama Pahang sejak dua minggu lalu.
Selain daripada kedua-dua pemain itu, percaturan Dollah turut menampilkan pemain muda, Indonesia, Saddil Ramadani, dan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, untuk memperkemaskan skuad Tok Gajah bagi mencuri tiga mata penuh bertemu Kuala Lumpur.
"Saya mahu memastikan skuad berada pada tahap terbaik dan apa-apa sahaja boleh berlaku pada masa akan datang. Saya berharap pemain skuad Pahang sentiasa bersedia untuk diturunkan beraksi," ujarnya.